03 August 2010

KUASA LIMA HURUF AJAIB

"Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui." Maksud Quran.

Christopher M Knight pernah memberikan beberapa tip pengurusan yang menarik. salah satu daripadanya adalah, jika kita ingin berjaya dalam sesebuah perniagaan, kemahiran bertanya soalan yang betul adalah lebih baik daripada tahu semua perkara.
M.R. Kopmeyer dalam bukunya 'Bagaimana memenuhi keinginan saudara' memberikan satu 'perkataan ajaib' untuk berjaya dalam hidup, iaitu 'tanya'. Beliau berkata, kita dapat memperoleh apa sahaja yang diinginkan apabila pandai menggunakan lima huruf ajaib ini. KEBAHAGIAAN, CINTA, KEJAYAAN, KEMEWAHAN, PENGARUH, KUASA, POPULARITI, KEMASYURAN dan apa sahaja yang kita inginkan dalam dunia ini. Bertanyalah...
MALU BERTANYA SESAT JALAN

Pepatah lama pun sudah menekankan aspek ini, tetapi kenapa kita masih malu-malu untuk bertanya? Hidup ini adalah suatu perjalanan, kita sentiasa berada dalam perjalanan selagi kita menyedut udara di atas muka bumi ini. Perjalanan hidup ini sungguh sukar dan berliku-liku, dan ada banyak jalan yang belum kita lalui. Jika kita tidak ingin sesat dan hendak sampai ke destinasi dengan cemerlang, jangan malu, tanya pada mereka yang tahu...

PESANAN DI DALAM QURAN
Sebenarnya kehebatan 'tanya' bukan lagi perkara baru. Quran sudah pun menyebut dengan jelas perintah tuhan yang bermaksud, "Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui." Sesetengah cerdik pandai Islam menghuraikan ayat ini adalah kata kunci kepada segala sumber ilmu dan pengetahuan yang ada di dunia ini. Dengan menghayati ayat ini, manusia tidak akan sesat, bahkan terus menuju kejayaan.



2 comments:

  1. 這種台灣最原始最完美的天籟~還真的感謝嚴凱泰先生的團隊再次喚­醒...這是台灣!這就是台灣..希望能再一次讓全世界知道台灣­也有跟天際一樣接近的聲音~好感動!眼淚一直流~~~~

    ReplyDelete