01 August 2010

MAJLIS AMAL/ SUMBANGAN MyJ PROJEK KEPADA BADAN AMAL & PERTUBUHAN SEMPENA KONVENSYEN MyJ KE 3 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

MyJ Sarawak telah mengorak langkah dengan mengadakan satu Program Istimewa yang telah dihadiri oleh YB Datuk Amar Abang Hj Zohari, Menteri Perumahan & Pembangunan Bandar Sarawak bersama YB Dr. Abdul Rahman Junaidi. Kehadiran Presiden MyJ, Datuk Hajjah CDM Suhaili bersama rombongan dari Johor turut menambahkan kemeriahan majlis pada hari tersebut. Kehadiran lebih 400 peserta serta pejuang MyJ pada hari tersebut membuktikan bahawa MyJ begitu serius dalam menjana kecemerlangan usahawan bumiputera di Sarawak khasnya, serta seluruh Malaysia amnya.
Rata-rata penerima sumbangan pada hari tersebut merasa kagum dengan kesungguhan MyJ mengadakan Majlis tersebut. Apatah lagi, pada hari tersebut MyJ telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM56,430.00 kepada pertubuhan di sekitar Kuching.
Dalam ucapan aluan CDM Abang Hasyim Abg Said, beliau menegaskan bahawa kejayaan tidak akan dapat dikecapi andai kita tidak mempu untuk berdepan dengan cabaran perniagaan masa depan. Oleh itu, beliau menambah, MyJ telah berjaya menyingkap pemikiran golongan bumiputera agar berani merebut peluang untuk berjaya. Kehadiran Datuk Hajjah CDM Suhaili untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar menjadi pemangkin kejayaan kepada pejuang MyJ di Bumi Kenyalang.Dalam ucapan YB Datuk Amar Abang Zohari, beliau menegaskan bahawa orang kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan setanding dengan bangsa lain asalkan kita fokus dalamv apa jua yang diusahakan kerana mereka yang sudah berjaya tidak kenal erti berputus asa.
Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu memberitahu, MyJ dilihat mampu membantu mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawan bergelar jutawan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment