Hidup kaya dan berjaya bukanlah suatu kebetulan. Kejayaan memerlukan proses. Kita tidak mungkin tiba-tiba berada dalam keadaan kaya dan berjaya seperti yang kita impikan. Dengan kata lain, kita perlu melakukan sesuatu untuk menggapai masa depan yang lebih baik, kerana masa depan adalah milik mereka yang mempersiapkan diri mereka dengan baik. Sayangnya, ramai orang yang inginkan kejayaan, namun tidak mahu menjalani proses yang ada. Kehidupan moden yang serba pantas kadang-kadang membuat kita lupa, segala sesuatu memerlukan proses. Tidak mungkin kita dapat menikmati buah yang lazat sehari selepas kita menanam bijinya. Bukankah kita mesti menyiram dan menjaganya dengan baik sehingga biji itu tumbuh menjadi pohon dan berbuah lebat?Kejayaan memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Pepatah ada mengatakan, tidak ada ekjayaan tanpa pengorbanan. Itu memang tepat! Pengorbanan itu mungkin dalam bentuk waktu, wang, tenaga, perasaan dan sebagainya. Orang-orang yang berjaya sentiasa mengisi waktu mereka dengan kegiatan yang semakin mendekatkan mereka kepada impian mereka. Pengorbanan lain, contohnya adalah tenaga. Ada orang yang menghabiskan tenaganya hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berguna, seperti mengeluh mengenang nasib diri tanpa ada usaha untuk bangkit berjaya. Orang-orang yang berjaya juga seringkali perlu berkorban dalam perasaan. Mereka perlu kuat, tabah dan tahan mental menghadapi cacian dan mpenghinaan, termasuk daripada orang-orang yang dekat dengan mereka. Kadang-kadang mungkin timbul rasa malu ketika bertemu dengan prospek-prospek berkualiti namun rasa malu itu tidak harus mengendurkan langkah mereka untuk terus berjuang.
No comments:
Post a Comment