31 July 2010

BRAINSTORMING & FAMILY DAY MyJ SARAWAK @ PANDAN BEACH MERIAH!

MyJ Sarawak telah mengadakan satu program khas buat semua pejuang MyJ. Berkampung di Kampung Pandan, Lundu selama dua hari satu malam, kami telah mengadakan beberapa aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka, aktiviti berkumpulan dan sebagainya yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim sambil menjana watak sebagai seorang pejuang MyJ yang hebat.

Pada waktu petang, pelbagai aktiviti sukaneka dijalankan di tepi Pantai Pandan yang indah. Banyak aktiviti yang melibatkan kerjasama di dalam kumpulan agar mereka mengenal erti nilai ikatan yang erat untuk mengapai kejayaan.Dalam pada itu, aktiviti kekeluargaan sebegini dapat mengeratkan perhubungan di antara semua keluarga MyJ yang hadir pada hari itu.
Setelah sekian lama kita berusaha berjuang di dalam MyJ, tiba masanya kami bersama untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan handai di satu tempat yang agak menarik.

Pada larut malam, aktiviti brainstorming telah diadakan. CDM Abang Hasyim telah mengadakan sesi bersama pejuang MyJ bertujuan untuk menerapkan jati diri untuk berjaya di dalam perniagaan. Kesedaran disuntik dengan mendalam di hati Pejuang MyJ, sehinggakan ada di antara peserta yang sebak dan di akhir sesi laungan semangat perjuangan diterap ke dalam hati pejuang MyJ agar mereka kental untuk berdepan dengan cabaran di dalam perniagaan.

Program yang telah dilaksanakan selama dua hari satu malam itu cukup bermakna dan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Semoga pada masa akan datang, banyak lagi aktiviti yang boleh merangsang Pejuang MyJ agar terus bersemangat dan seronok di dalam perjuangan ini...

No comments:

Post a Comment