Dalam kita merempuh kehidupan masa depan, kita tidak harus mengalah dengan gelora cabaran yang mendatang kerana sesungguhnya, kita harus berani untuk bersaing dan berupaya mengubah kehidupan masa depan. Kemanisan hidup akan dapat ditrasai andai kita mampu dan berupaya menilai diri dengan rasa sabar, semangat yang tinggi dan seronok menghadapi kehidupan.
Sebab itu kita tidak boleh menjadi insan yang sentiasa mengeluh, mudah rasa rendah diri, selalu berfikir tentang kegagalan kerana kita sendiri yang mendidik potensi diri kita ke arah kehancuran. didiklah diri menjadi generasi yang berada di garisan hadapan. Generasi yang tidak takut untuk berubah menjadi insan yang besar wataknya; insan yang besar kejayaannya.
Keharusan di dalam kehidupan, bahawa kita selalu 'Think Big', berfikir perkara yang muluk-muluk; yang besar-besar; yang hebat-hebat. Barulah kita dapat menikmati kehidupan yang cuba kita rasa. Bagaimana Bill Gates berfikir? Bagaimana Tony Fernandes berfikir? Bagaimana Goh Chok Thong berfikir? Dan bagaimana pula kita berfikir? Selalu berfikiran kecil sudah pasti kita akan dapat perkara yang kecil-kecil sahaja.Kita yang telah menentukan apa yang akan kita dapat dan nikmati. Oleh itu, kita harus berfikir seperti orang yang telah berjaya; berfikir tentang perkara yang besar-besar. Barulah kita dapat dengan semangat yang jitu dan membara. Kita akan berwatak kukuh seteguh karang menghalang gelombang datang melanda. Barulah kita boleh berjuang tanpa ada sesiapa yang mampu menghalang KITA UNTUK BERJAYA.
No comments:
Post a Comment