31 July 2010

BRAINSTORMING & FAMILY DAY MyJ SARAWAK @ PANDAN BEACH MERIAH!

MyJ Sarawak telah mengadakan satu program khas buat semua pejuang MyJ. Berkampung di Kampung Pandan, Lundu selama dua hari satu malam, kami telah mengadakan beberapa aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka, aktiviti berkumpulan dan sebagainya yang bertujuan untuk merapatkan silaturahim sambil menjana watak sebagai seorang pejuang MyJ yang hebat.

Pada waktu petang, pelbagai aktiviti sukaneka dijalankan di tepi Pantai Pandan yang indah. Banyak aktiviti yang melibatkan kerjasama di dalam kumpulan agar mereka mengenal erti nilai ikatan yang erat untuk mengapai kejayaan.Dalam pada itu, aktiviti kekeluargaan sebegini dapat mengeratkan perhubungan di antara semua keluarga MyJ yang hadir pada hari itu.
Setelah sekian lama kita berusaha berjuang di dalam MyJ, tiba masanya kami bersama untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan handai di satu tempat yang agak menarik.

Pada larut malam, aktiviti brainstorming telah diadakan. CDM Abang Hasyim telah mengadakan sesi bersama pejuang MyJ bertujuan untuk menerapkan jati diri untuk berjaya di dalam perniagaan. Kesedaran disuntik dengan mendalam di hati Pejuang MyJ, sehinggakan ada di antara peserta yang sebak dan di akhir sesi laungan semangat perjuangan diterap ke dalam hati pejuang MyJ agar mereka kental untuk berdepan dengan cabaran di dalam perniagaan.

Program yang telah dilaksanakan selama dua hari satu malam itu cukup bermakna dan berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Semoga pada masa akan datang, banyak lagi aktiviti yang boleh merangsang Pejuang MyJ agar terus bersemangat dan seronok di dalam perjuangan ini...

28 July 2010

MUS MyJ Sarawak : Bersama Menjana Usahawan Terbilang

"MyJ adalah jalan perniagaan yang memerlukan disiplin dan fokus," dengan semangat Dr. Shafiee Lugom, Penceramah Jemputan semasa menyampaikan ceramah ketika Moving Up Seminar (MUS) MyJ Sarawak di Pusat Pelancongan Sarawak dekat Kuching.
"Secara peribadi, saya percaya bahawa keupayaan untuk fokus adalah ciri-ciri yang ada pada ramai orang yang berjaya." Dalam pada itu beliau turut mengatakan bahawa keupayaan untuk fokus adalah sesuatu yang boleh dikembangkan di dalam diri seseorang. Ia boleh diperoleh dengan mengamalkan proses pembelajaran yang berterusan. Kuncinya ialah memfokuskan minda sedar kita kepada perkara yang diingini, bukan kepada perkara yang kita takuti.

"Saya percaya perkara yang kita ingini ialah kejayaan dalam perniagaan kita. Kejayaan dalam mencapai sasaran masing-masing, kejayaan dalam memastikan rakan seperjuangan kita terus berjaya dan maju dalam mengharungi cabaran perniagaan yang mendatang. Bagi memastikan kejayaan di dalam perniagaan, jangan fokus kepada berita-berita yang tidak menyenangkan; yang mematahkan semangat; penolakan atau cabaran-cabaran yang sedia ada. Adalah lebih baik untuk fokus kepada prospek-prospek anda dan bagaimana anda boleh mengurus-kembangkan perniagaan dengan lebih baik daripada fokuskan perkara-perkara negatif."
"Seperti yang anda lihat, adalah tidak mustahil untuk mencapai apa-apa perkara sekiranya kita fokus dan dedikasi..." Tegas beliau sebelum beliau mengakhiri ucapan.
Majlis yang dihadiri lebih 200 orang usahawan MyJ yang cemerlang, yang bertempat di Pusat Pelancongan Sarawak. Semoga perniagaan kita diteruskan dengan bara semangat yang sentiasa hangat. MyJ Hebat!! - CDM A. Hasyim