Profesor G.L.S. Shakle adalah pakar ekonomi yang terkemuka, sehingga Peter Drukker menggelarkannya 'bintang baru' dalam dunia ekonomi di England. Dalam satu kertas kerjanya, Policy, Poetry, and Success, Profesor Shakle merumuskan imaginasi sama penting dengan sebab dan faktor dalam bidang perniagaan.Lebih mengejutkan, seorang saintis terkemuka yang mencipta nuklear, Albert Einstien juga memberikan pendapat yang sama. Beliau berkata, "Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan". Manakala seorang cendiakawan terkenal, Bernard Shaw pernah mengungkapkan satu kata-kata yang cukup menyentuh perasaan, "sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud dan bertanya, 'Mengapakah?' Tapi saya membayang sesuatu yang tidak wujud dan bertanya, 'Mengapa tidak?' "
Napeleon ada berkata, "Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang dungu." Begitu juga dengan Samuel Johnson, "Sedikit benar yang mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan."William James, Profesor psikologi di University Havard pernah berkata, "Kepercayaan sentiada menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan kita. Tanpanya, kita tidak akan menghasilkan KEJAYAAN. Ini adalah prinsip asas."
Seorang hakim mahkamah Agung amerika syarikat, hakim Cardozo dalam satu keputusan mahkamah pernah menyebut, "Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita."Manakala seorang pemikir Amerika, Henry Wardsworth Longfellow dengan panjang lebar pernah berkata, "Keazaman berdasarkan kepercayaan mendalam bahawa kita boleh berjayaq adalah elemen penting kejayaan. apabila mengetuk pintu cukup lama, pastinya kita akan mengejutkan seseorang." Oleh itu, ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh-sungguh dengan keyakinan yang mendalam, pasti kita akan berjaya 'menyedarkan' kejayaan yang sedang nyenyak tidur itu.
"Tidak ada mustahil sebelum mencuba." Ini adalah pepatah lama Eropah. Di kalangan masyarakat kita, ada pepatah "Belum cuba belum tahu". Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. dengan berpegang pada cogan kata ini, kita sentiasa berfikir berkenaan kejayaan, dan menolak kemustahilan. Lakukanlah tugas kita sekarang, dan berfikirlah seperti juara!

No comments:
Post a Comment