16 October 2010

HEBATNYA GEMPAQ RAYA MyJ SARAWAK

Bersempena dengan sambuan aidil Fitri, MyJ Sarawak telah mengadakan sambutan Gempaq Raya yang dilangsungkan secara besar-besaran bertempat di perkarangan tempat letak kereta MBC Kuching, Sarawak. Pada malam tersebut, hampir semua hardirin hadir dengan pakaian raya berwarna Orange Hitam. Kehadiran rakan pejuang MyJ bersama rakan konsi baru seramai lebih kurang 400 orang cukup membuktikan kehangatan dan kehebatan MyJ di Bumi Kenyalang khasnya, dan MyJ seluruh Malaysia amnya. Dalam pada itu, tetamu jemputan iaitu YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 cukup teruja dan kagum dengan kemeriahan sambutan masyarakat terhadap perjuangan MyJ. Dalam ucapannya, YB Dr. Abdul Rahman menyeru kepada semua yang melibatkan diri dalam perniagaan ini agar sentiasa positif dan bersemangat agar tidak tewas dalam persaingan yang semakin rencam. Dalam pada itu, tegas beliau, golongan bumiputera tidak harus duduk selesa sambil mengunggu bantuan dari kerajaan tanpa ada usaha untuk membangunkan diri sendiri. Oleh itu, beliau amat yakin dengan sistem yang digerakkan oleh Pejuang Myj dapat menyuntik semangat kepada golongan bumiputera untuk maju ke hadapan. Beliau yang sentiasa memberi sokongan kepada MyJ amat bersetuju dengan CDM Abang Hasyim, bahawa untuk berjaya kita tidak perlu menoleh ke belakang dan sentiasa bersemangat dalam perjuangan sebelum menggenggam kejayaan.

No comments:

Post a Comment