Semoga d'Aidil Fitri ini kita dapat mengeratkan silaturahim serta memantapkan lagi perjuangan kita bersama MyJ. Sesungguhnya tiada siapa dapat menyangkal bahawa dengan sifat Semangat, Seronok dan Sabar kita dapat mempertahankan diri kita dalam meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Tiada siapa yang berjaya akan berhenti berjuang dan tiada siapa yang berhenti berjuang akan berjaya. Kitalah yang menentukan sejauh mana kejayaan yang kita mahu.
Alhamdulillah, masyarakat di Bumi
Kenyalang semakin memahami dan menerima MyJ sebagai satu wadah perjuangan yang bukan sahaja dapat mengubah material kehidupan namun turut berupaya mengubah pemikiran yang kita warisi dari nenek moyang kita yang sentiasa berfikiran kecil, jumud dan sentiasa mengeluh kalah kepada satu mentaliti BERJUANG UNTUK MENANG! Sikap diri yang TIDAK KALAH DENGAN CABARAN! Dan sentiasa BERUSAHA MEREBUT PELUANG! Di hati sentiasa BERSEMANGAT MENGUBAH KEHIDUPAN! Segalanya di tangan kita. Segalanya di hati kita. Dengan tangan dan hati itulah segalanya berupaya untuk kita genggam.
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita
dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang pasti datang. Kejayaan ini seharusnya kita teruskan dalam perjuangan kita yang masih belum selesai. Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita dan memberi jalan kebenaran agar kita tidak tersasar hingga lupa tanggungjawab kita dalam mengurus kemenjadian modal insan. Lupa matlamat asal kita bahawa kehadiran kita adalah untuk mengubah kehidupan dalam ukhwah yang mantap dan ikatan kesatuan yang jitu. Dan Aidil Fitri ini, insyaallah akan merapatkan hati-hati kita dan melunturkan segala kesilapan perbuatan yang sesungguhnya tidak
akan terlepas dari setiap sudut kehidupan seorang manusia.
Alhamdulillah, masyarakat di Bumi
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita
Tahniah My J Sarawak. Memang meriah dan menyelerakan. Strategi yang berjaya.
ReplyDelete