Allah ketemukan sahabat seperti Wewek dan isteri untuk meneruskan kelangsungan dalam perniagaan ini; kemudian Jalita hadir memberi ruang yang lebih luas untuk berjuang. Kehadiran Ustaz Azlan dan Isteri bersama insan yang tidak pernah patah semangat bernama Zamree, akhirnya menunjukkan rentak perjuangan MyJ di Sarawak sukar untuk dibendung lagi. Ustaz Azlan sendiri telah membuktikan, bahawa di mana sekali bumi yang dipijak (baik di Sarawak mahupun Semenanjung), rezeki tetap akan bersama hadir jika semangat juang di dalam diri sentiasa ada dan membara. Zamree sendiri sudah mula menawan beberapa kawasan di Utara Sarawak dan Sri Aman, Wewek di Zon tengah termasuk Mukah, Balingian dan Sibu, Jalita di Saratok dan Sarikei, Ustaz Azlan di Samarahan dan kini pejuang-pejuang MyJ Sarawak sentiasa bertebaran mencari ruang dan peluang di serata tempat! Kehebatan Haris yang telah menawan beberapa kawasan terutama di Bau dan Serian telah menunjukkan bahawa di dalam perniagaan ini tidak kira anda pejuang baru atau lama, selagi mahu berusaha untuk mengubah kehidupan, Allah akan tunjukkan jalan rezeki yang maha hebat!
Namun, Pejuang MyJ tidak boleh melupakan MPP d'MBC. Di sinilah kita menjana semangat perjuangan, mengatur strategi untuk berjuang, menjana semangat dengan rakan-rakan, membantu menyemarakkan perjuangan kita dan segala-galanya di sini, d'MBC. Wadah perjuangan kita di Sarawak menjadi sebegini hebat, kerana di sebabkan oleh semangat d'MBC. Di sinilah kami berkumpul hampir 12 jam sehari untuk merangka strategi dan semangat perjuangan. Dan Alhamdulillah, sampai hari ini MBC tidak pernah kosong dan mengecewakan. Sentiasa sahaja penuh dengan pejuang-pejuang bersama dengan rakan niaga yang baru. Masih lagi ingat saya pada bulan Ramadhan; 3-4 hari hendak raya, MBC Kuching masih penuh dengan pejuang-pejuang Myj yang mahu menjana cas positif dalam perniagaan. MBC amat penting dalam kelangsungan kita meneruskan perniagaan ini. Biar sibuk mana sekalipun kita waktu MPP d'MBC pada hari Rabu 8.30 malam dan Ahad 2.30 malam tidak harus dipandang remeh. Kita sedang berniaga dan jangan lupa tempat kita mengerakkan perniagaan ini.
Buat rakan niaga di Sarawak khasnya, di seluruh Malaysia amnya, mari kita bersama dengan derap langkah yang padu dan sama agar MATLAMAT AWAL KITA BERNIAGA DULU DAPAT KITA NIKMATI AKHIRNYA...
SEMANGAT SENTIASA HANGAT
By: CDM ABANG HASYIM BIN ABANG SAID
My J Project Sarawak semakin mantap, meluas dan mencengkam seluruh Sarawak dengan leader-leader hebat yang tiada kenal erti putus asa. GO GO GO CDM
ReplyDeleteKehebatan MyJ Sarawak makin terserlah..teruskan perjuangan Abg Hasyim mendidik pejuang2 MyJ Sarawak..kami MyJ Kota Bharu group Awe akan terus memberi sokongan padu buat MyJ Sarawak khususnya Abg Hasyim
ReplyDelete