06 October 2009

MyJ:PERJUANGAN & MPP

Salam perjuangan. Berniaga ibarat satu perjuangan yang tiada titik noktahnya. Sekali kita sudah terjun dalam bidang ini bermakna kita kena bersedia dari segi mental terutamanya agar kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengeluh kerana selalu saja bermula hangat tapi cepat malap. Semangat pada mulanya, namun cepat pula mengalah! Namun yang lebih menyedihkan ada di antara manusia ini, belum mulakan gerakan perniagaan sudah mula menunjukkan sikap gagal. Saya masih ingat bagaimana saya bermula dalam MyJ. Cabaran yang diterima bukan sedikit. Masyarakat masih sinis dengan apa yang dibawa oleh kita kerana tiada pembuktian yang konkrit. Masyarakat masih berfikiran jumud sehingga mereka sedikitpun tidak memberi ruang kepada kita untuk membuka jalan perniagaan ini kepada mereka. Walau apa sekalipun yang kita hadapi, SEMANGAT, SABAR dan IMPIAN masih melekat di hati. Sentiasa membara dijiwa. Dalam hati, tidak pernah memikirkan untuk menyalahkan sesiapa. Otak tidak sibuk mencari kesalahan Leader di atas! Apa yang saya dan isteri buat ialah Istiqamah dalam perjuangan. Allah sayang pada insan yang sentiasa Semangat dan sabar. Hingga akhirnya satu demi satu jalan di buka. Sinar rezeki semakin cerah bercahaya.

Allah ketemukan sahabat seperti Wewek dan isteri untuk meneruskan kelangsungan dalam perniagaan ini; kemudian Jalita hadir memberi ruang yang lebih luas untuk berjuang. Kehadiran Ustaz Azlan dan Isteri bersama insan yang tidak pernah patah semangat bernama Zamree, akhirnya menunjukkan rentak perjuangan MyJ di Sarawak sukar untuk dibendung lagi. Ustaz Azlan sendiri telah membuktikan, bahawa di mana sekali bumi yang dipijak (baik di Sarawak mahupun Semenanjung), rezeki tetap akan bersama hadir jika semangat juang di dalam diri sentiasa ada dan membara. Zamree sendiri sudah mula menawan beberapa kawasan di Utara Sarawak dan Sri Aman, Wewek di Zon tengah termasuk Mukah, Balingian dan Sibu, Jalita di Saratok dan Sarikei, Ustaz Azlan di Samarahan dan kini pejuang-pejuang MyJ Sarawak sentiasa bertebaran mencari ruang dan peluang di serata tempat! Kehebatan Haris yang telah menawan beberapa kawasan terutama di Bau dan Serian telah menunjukkan bahawa di dalam perniagaan ini tidak kira anda pejuang baru atau lama, selagi mahu berusaha untuk mengubah kehidupan, Allah akan tunjukkan jalan rezeki yang maha hebat!

Namun, Pejuang MyJ tidak boleh melupakan MPP d'MBC. Di sinilah kita menjana semangat perjuangan, mengatur strategi untuk berjuang, menjana semangat dengan rakan-rakan, membantu menyemarakkan perjuangan kita dan segala-galanya di sini, d'MBC. Wadah perjuangan kita di Sarawak menjadi sebegini hebat, kerana di sebabkan oleh semangat d'MBC. Di sinilah kami berkumpul hampir 12 jam sehari untuk merangka strategi dan semangat perjuangan. Dan Alhamdulillah, sampai hari ini MBC tidak pernah kosong dan mengecewakan. Sentiasa sahaja penuh dengan pejuang-pejuang bersama dengan rakan niaga yang baru. Masih lagi ingat saya pada bulan Ramadhan; 3-4 hari hendak raya, MBC Kuching masih penuh dengan pejuang-pejuang Myj yang mahu menjana cas positif dalam perniagaan. MBC amat penting dalam kelangsungan kita meneruskan perniagaan ini. Biar sibuk mana sekalipun kita waktu MPP d'MBC pada hari Rabu 8.30 malam dan Ahad 2.30 malam tidak harus dipandang remeh. Kita sedang berniaga dan jangan lupa tempat kita mengerakkan perniagaan ini.

Buat rakan niaga di Sarawak khasnya, di seluruh Malaysia amnya, mari kita bersama dengan derap langkah yang padu dan sama agar MATLAMAT AWAL KITA BERNIAGA DULU DAPAT KITA NIKMATI AKHIRNYA...

SEMANGAT SENTIASA HANGAT

By: CDM ABANG HASYIM BIN ABANG SAID




03 October 2009

RUMAH TERBUKA MyJ SARAWAK MERIAH!



Suasana Hari Raya masih lagi terasa. Di sana sini orang masih sibuk memeriahkan Aidil Fitri dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan bersama di rumah terbuka. Begitu juga dengan kami d'MyJ Sarawak. Bertempat di tempat letak kereta MBC Sarawak, Jalan Semarak, 93050 Kuching, berlangsung Majlis Rumah Terbuka MyJ Sarawak pada 3 Oktober 2009 pada pukul 2.15 petang. Majlis yang dihadiri oleh tetamu jemputan, Pengurus dan penolong Pengurus Bank Rakyat Satok serta sebilangan besar Pejuang-pejuang MyJ bersama rakan taulan menjadikan majlis pada hari tersebut begitu meriah sekali! Sambil bermaafan dan menjamu selera, pada hari tersebut kami juga turut mengadakan cabutan bertuah.


Para tetamu menjamu selera di Majlis MyJ d'Aidil Fitri
Deretan Kereta Hitam Pejuang MyJ Sarawak...



Semoga d'Aidil Fitri ini kita dapat mengeratkan silaturahim serta memantapkan lagi perjuangan kita bersama MyJ. Sesungguhnya tiada siapa dapat menyangkal bahawa dengan sifat Semangat, Seronok dan Sabar kita dapat mempertahankan diri kita dalam meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Tiada siapa yang berjaya akan berhenti berjuang dan tiada siapa yang berhenti berjuang akan berjaya. Kitalah yang menentukan sejauh mana kejayaan yang kita mahu.

Alhamdulillah, masyarakat di Bumi Kenyalang semakin memahami dan menerima MyJ sebagai satu wadah perjuangan yang bukan sahaja dapat mengubah material kehidupan namun turut berupaya mengubah pemikiran yang kita warisi dari nenek moyang kita yang sentiasa berfikiran kecil, jumud dan sentiasa mengeluh kalah kepada satu mentaliti BERJUANG UNTUK MENANG! Sikap diri yang TIDAK KALAH DENGAN CABARAN! Dan sentiasa BERUSAHA MEREBUT PELUANG! Di hati sentiasa BERSEMANGAT MENGUBAH KEHIDUPAN! Segalanya di tangan kita. Segalanya di hati kita. Dengan tangan dan hati itulah segalanya berupaya untuk kita genggam.
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang pasti datang. Kejayaan ini seharusnya kita teruskan dalam perjuangan kita yang masih belum selesai. Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita dan memberi jalan kebenaran agar kita tidak tersasar hingga lupa tanggungjawab kita dalam mengurus kemenjadian modal insan. Lupa matlamat asal kita bahawa kehadiran kita adalah untuk mengubah kehidupan dalam ukhwah yang mantap dan ikatan kesatuan yang jitu. Dan Aidil Fitri ini, insyaallah akan merapatkan hati-hati kita dan melunturkan segala kesilapan perbuatan yang sesungguhnya tidak akan terlepas dari setiap sudut kehidupan seorang manusia.