06 October 2009

MyJ:PERJUANGAN & MPP

Salam perjuangan. Berniaga ibarat satu perjuangan yang tiada titik noktahnya. Sekali kita sudah terjun dalam bidang ini bermakna kita kena bersedia dari segi mental terutamanya agar kita tidak menjadi manusia yang sentiasa mengeluh kerana selalu saja bermula hangat tapi cepat malap. Semangat pada mulanya, namun cepat pula mengalah! Namun yang lebih menyedihkan ada di antara manusia ini, belum mulakan gerakan perniagaan sudah mula menunjukkan sikap gagal. Saya masih ingat bagaimana saya bermula dalam MyJ. Cabaran yang diterima bukan sedikit. Masyarakat masih sinis dengan apa yang dibawa oleh kita kerana tiada pembuktian yang konkrit. Masyarakat masih berfikiran jumud sehingga mereka sedikitpun tidak memberi ruang kepada kita untuk membuka jalan perniagaan ini kepada mereka. Walau apa sekalipun yang kita hadapi, SEMANGAT, SABAR dan IMPIAN masih melekat di hati. Sentiasa membara dijiwa. Dalam hati, tidak pernah memikirkan untuk menyalahkan sesiapa. Otak tidak sibuk mencari kesalahan Leader di atas! Apa yang saya dan isteri buat ialah Istiqamah dalam perjuangan. Allah sayang pada insan yang sentiasa Semangat dan sabar. Hingga akhirnya satu demi satu jalan di buka. Sinar rezeki semakin cerah bercahaya.

Allah ketemukan sahabat seperti Wewek dan isteri untuk meneruskan kelangsungan dalam perniagaan ini; kemudian Jalita hadir memberi ruang yang lebih luas untuk berjuang. Kehadiran Ustaz Azlan dan Isteri bersama insan yang tidak pernah patah semangat bernama Zamree, akhirnya menunjukkan rentak perjuangan MyJ di Sarawak sukar untuk dibendung lagi. Ustaz Azlan sendiri telah membuktikan, bahawa di mana sekali bumi yang dipijak (baik di Sarawak mahupun Semenanjung), rezeki tetap akan bersama hadir jika semangat juang di dalam diri sentiasa ada dan membara. Zamree sendiri sudah mula menawan beberapa kawasan di Utara Sarawak dan Sri Aman, Wewek di Zon tengah termasuk Mukah, Balingian dan Sibu, Jalita di Saratok dan Sarikei, Ustaz Azlan di Samarahan dan kini pejuang-pejuang MyJ Sarawak sentiasa bertebaran mencari ruang dan peluang di serata tempat! Kehebatan Haris yang telah menawan beberapa kawasan terutama di Bau dan Serian telah menunjukkan bahawa di dalam perniagaan ini tidak kira anda pejuang baru atau lama, selagi mahu berusaha untuk mengubah kehidupan, Allah akan tunjukkan jalan rezeki yang maha hebat!

Namun, Pejuang MyJ tidak boleh melupakan MPP d'MBC. Di sinilah kita menjana semangat perjuangan, mengatur strategi untuk berjuang, menjana semangat dengan rakan-rakan, membantu menyemarakkan perjuangan kita dan segala-galanya di sini, d'MBC. Wadah perjuangan kita di Sarawak menjadi sebegini hebat, kerana di sebabkan oleh semangat d'MBC. Di sinilah kami berkumpul hampir 12 jam sehari untuk merangka strategi dan semangat perjuangan. Dan Alhamdulillah, sampai hari ini MBC tidak pernah kosong dan mengecewakan. Sentiasa sahaja penuh dengan pejuang-pejuang bersama dengan rakan niaga yang baru. Masih lagi ingat saya pada bulan Ramadhan; 3-4 hari hendak raya, MBC Kuching masih penuh dengan pejuang-pejuang Myj yang mahu menjana cas positif dalam perniagaan. MBC amat penting dalam kelangsungan kita meneruskan perniagaan ini. Biar sibuk mana sekalipun kita waktu MPP d'MBC pada hari Rabu 8.30 malam dan Ahad 2.30 malam tidak harus dipandang remeh. Kita sedang berniaga dan jangan lupa tempat kita mengerakkan perniagaan ini.

Buat rakan niaga di Sarawak khasnya, di seluruh Malaysia amnya, mari kita bersama dengan derap langkah yang padu dan sama agar MATLAMAT AWAL KITA BERNIAGA DULU DAPAT KITA NIKMATI AKHIRNYA...

SEMANGAT SENTIASA HANGAT

By: CDM ABANG HASYIM BIN ABANG SAID




03 October 2009

RUMAH TERBUKA MyJ SARAWAK MERIAH!



Suasana Hari Raya masih lagi terasa. Di sana sini orang masih sibuk memeriahkan Aidil Fitri dengan menjemput sanak saudara dan rakan taulan bersama di rumah terbuka. Begitu juga dengan kami d'MyJ Sarawak. Bertempat di tempat letak kereta MBC Sarawak, Jalan Semarak, 93050 Kuching, berlangsung Majlis Rumah Terbuka MyJ Sarawak pada 3 Oktober 2009 pada pukul 2.15 petang. Majlis yang dihadiri oleh tetamu jemputan, Pengurus dan penolong Pengurus Bank Rakyat Satok serta sebilangan besar Pejuang-pejuang MyJ bersama rakan taulan menjadikan majlis pada hari tersebut begitu meriah sekali! Sambil bermaafan dan menjamu selera, pada hari tersebut kami juga turut mengadakan cabutan bertuah.


Para tetamu menjamu selera di Majlis MyJ d'Aidil Fitri
Deretan Kereta Hitam Pejuang MyJ Sarawak...



Semoga d'Aidil Fitri ini kita dapat mengeratkan silaturahim serta memantapkan lagi perjuangan kita bersama MyJ. Sesungguhnya tiada siapa dapat menyangkal bahawa dengan sifat Semangat, Seronok dan Sabar kita dapat mempertahankan diri kita dalam meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Tiada siapa yang berjaya akan berhenti berjuang dan tiada siapa yang berhenti berjuang akan berjaya. Kitalah yang menentukan sejauh mana kejayaan yang kita mahu.

Alhamdulillah, masyarakat di Bumi Kenyalang semakin memahami dan menerima MyJ sebagai satu wadah perjuangan yang bukan sahaja dapat mengubah material kehidupan namun turut berupaya mengubah pemikiran yang kita warisi dari nenek moyang kita yang sentiasa berfikiran kecil, jumud dan sentiasa mengeluh kalah kepada satu mentaliti BERJUANG UNTUK MENANG! Sikap diri yang TIDAK KALAH DENGAN CABARAN! Dan sentiasa BERUSAHA MEREBUT PELUANG! Di hati sentiasa BERSEMANGAT MENGUBAH KEHIDUPAN! Segalanya di tangan kita. Segalanya di hati kita. Dengan tangan dan hati itulah segalanya berupaya untuk kita genggam.
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang pasti datang. Kejayaan ini seharusnya kita teruskan dalam perjuangan kita yang masih belum selesai. Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita dan memberi jalan kebenaran agar kita tidak tersasar hingga lupa tanggungjawab kita dalam mengurus kemenjadian modal insan. Lupa matlamat asal kita bahawa kehadiran kita adalah untuk mengubah kehidupan dalam ukhwah yang mantap dan ikatan kesatuan yang jitu. Dan Aidil Fitri ini, insyaallah akan merapatkan hati-hati kita dan melunturkan segala kesilapan perbuatan yang sesungguhnya tidak akan terlepas dari setiap sudut kehidupan seorang manusia.









































30 September 2009

RUMAH TERBUKA MYJ SARAWAK

أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Salam perjuangan buat semua rakan MyJ Sarawak. Kita masih lagi berada di bulan Syawal. Suasana Aidil Fitri masih lagi dirasai. Biarlah di bulan yang mulia ini kita dapat bersama-sama mengeratkan silaturahim di antara kita. Sambil kita berjuang di dalam MyJ, kita juga dapat bermesra dan bersama dengan rakan-rakan sambil menyemarakkan suasana perniagaan kita dengan MyJ. Datanglah beramai-ramai bersama dengan sanak saudara dan rakan taulan ataupun bersama rakan-rakan niaga yang baru hendak mengenal perjuangan MyJ bermula pukul 1.30 pm diperkarangan tempat letak kereta MBC (MyJ Business Centre) pada hari Sabtu (3 Oktober 2009). Semarakkan perjuangan kita dengan bersama rakan-rakan MyJ agar kita mampu membentuk suasana yang memberangsangkan dan meningkatkan keyakinan masyarakat sekeliling bahawa berjuang bersama MyJ adalah satu pilihan yang tepat dan menguntungkan.

05 September 2009

MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:

Tafsirnya:

“Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”

(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah: 183)

PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA

Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.

Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:

“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Sumber : Mufti Brunei

Menyambut kepulangan pejuang Myj dari Menunaikan Umrah

Kehadiran Pejuang2 Myj menunjukkan sokongan dan hubungan yang mantap bukan semata2 untuk perniagaan sahaja malahan saling membina ukhwah dan persahabatan yang jitu.



CDM Abang Hasyim seronok menceritakan pengalaman beliau semasa berada di tanah suci Mekah kepada rakan2 pejuang Myj.

05 August 2009

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

Salam buat semua Pejuang Myj!

Malam ini kita akan bersama D'MBC untuk solat dan bacaan Yasin sempena Malam Nisfu Syaaban. Pastikan kita menghadirkan diri dengan membawa sejadah dan Yasin sendiri.
berniaga sambil mendekatkan diri kepada Ilahi lebih berkat dan bermanafaat di dunia dan di akhirat!

Malam ini mesti datang! Bersamalah kita menghayati perjuangan ini.

SEMANGAT SENTIASA HANGAT!

04 July 2009

Hanya MyJ Menjadi Pilihan Dihati

MyJ
Perjuangan bermula di sini...
Berakhir di sini dengan kejayaan yang gemilang!

Kita bukan sahaja berniaga bersama MyJ...
Tetapi kita hendak berjuang bersama MyJ.

Persoalannya mengapa hanya MyJ menjadi pilihan kita?

Pertama : kerana Myj mempunyai sistem yang hebat.

S2S ( Myj Smart To Succses system)

  • Sistem khas untuk bumiptera berniaga.
  • Melahirkan seramai mungkin jutawan melayu dan bumiputera.
  • Meringkaskan plan pemasaran kepada gerak kerja.
  • Berkonsepkan K-Bisnes dan Modal Insan.


Kedua : kerana MyJ memilih Hai O sebagai platform perniagaannya.

  • Syarikat mantap dan kukuh.
  • Hai-O mempunyai marketing plan yang hebat.
  • Produk berkualiti.
  • Pakej system yang cepat, mudah dan lumayan.
  • Tabung kereta (Mercedes, BMW, Honda, Lexus, Toyota dll).
  • Bonus tanpa had.
  • Melancong keluar Negara 3-4 kali setahun.
  • Tiada risiko.
  • Pendapatan boleh diwarisi.
  • Pencen sebelum usia pencen.
  • Perniagaan dengan modal berbayar dan dana disediakan.


Ketiga : Produk berkualiti

BIO AURA
Sistem Penapis Air Berteknologi Nano









  • Kandungan tenaga yang tinggi
  • Kesan terapi
  • Kualiti air yang sempurna



PREMIUM BEAUTIFUL
  • Membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik.
  • Bentuk badan yang sihat dan seimbang.
  • Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.


Keempat : Pemimpin-Pemimpin Yang Hebat.

  • Pemimpin-pemimpin MyJ di ketengahkan dalam program-program anjuran MyJdan Hai-O.
  • Pemimpin-peminpin MyJ di ketengahkan dalam majalah-majalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa MyJ berupaya melahirkan Pemimpin mapan lagi hebat.




KELIMA : PENJENAMAAN MYJ PROJECT

  • Stiker MyJ





  • Plat pendaftaran Kenderaan.





  • Pakaian Seragam.


MBC Kuching

Selamat datang ke Myj Business Centre (MBC) Kuching. MBC ini boleh memuatkan dalam 70 hingga 80 orang dalam setiap masa. Pihak MYJ kuching sentiasa menganjurkan perjumpaan bersama rakan niaga dan bakal2 usahawan.

Setiap minggu Myj mengadakan MYJ Project Presentation (MPP) Sebanyak 4 kali mengikut kumpulan.

  • Isnin : kumpulan Ust. Azlan, Kumpulan Zamri, kumpulan Hafsah dan kumpulan Kelly.
  • Rabu : kumpulan Jalita dan Kumpulan Rashidah.
  • Jumaat : kumpulan Sharkawi dan kumpulan Mazlan.
  • Ahad : Grand MPP ( diwajibkan untuk semua ahli).

Gerakan dan semangat kerja berpasukan inilah yang menyebabkan MYJ Kuching sentiasa mendapat sambutan dan mnyerlahkan kehebatan. Semoga kita semua dapat menjaga dan mempertahankan perjuangan ini sehingga ke kemuncak kejayaan bersama-sama.Insya Allah.

03 May 2009

Selamat Datang Ke Blog Myj Project Sarawak

Assalamualaikum... Salam perjuangan kepada semua pejuang-pejuang MyJ yang hebat di seluruh Malaysia yang tidak kenal erti penat lelah dan tiada istilah kekalahan di dalam kamus perjuangannya. Maju dan mara setiap langkah itulah keberaniannya.

Sahabat sekelian
Sebenarnya blog ini di lancarkan atas permintaan CDM Sazali Mohammad semasa beliau berkunjung ke Kuching baru-baru ini, kerana beliau ingin melihat setiap negeri perlu mempunyai sekurang-kurangnya ada satu blog yang dapat berkongsi bersama, memuatkan berita-berita terkini, perkembangan Myj, seminar-seminar dan majlis motivasi yang diadakan serta dapat memberi pengetahuan ringkas kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menyertai pejuangan myj.

Segala bentuk sumbangan untuk menjayakan hasrat ini amatlah dialu-alukan.


Hidup MyJ! Semangat Sentiasa Hangat!

Moving Up Seminar dan Motivasi

Myj Sarawak telah menganjurkan Moving up seminar 2 dan majlis Motivasi bersama pakar motivasi terkenal Dr Mohammad bin Jantan


Majlis dimulai dengan MPP yang disampaikan oleh DSM Ust. Azlan


Dr Mohamad Bin Jantan membangkitkan semangat ahli-ahli myj dan bakal usahawan dengan motivasinya yang berkesan.


Bergaya dan penuh bersemangat rakan-rakan MyJ sempat bergambar
kenangan bersama Dr Mohamad Jantan dan CDM Sazali, inilah pejuang-pejuang yang bakal megegarkan bumi kenyalang ini.



Pejuang hebat! wanita-wanita Myj juga mengambil kesempatan untuk merakamkan kenangan bersejarah mereka setelah seharian bersama-sama menimba ilmu dan membina semangat untuk terus mara melangkah kepuncak kejayaan.