29 September 2010

MyJ SARAWAK d'AIDIL FITRI

Sepanjang Syawal pada tahun ini, Pejuang-pejuang MyJ menyambut dengan rasa syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan ikatan ukhwah yang akrab dan padu. Sesungguhnya, tidak ada jalan lain untuk kita memperkasa diri dalam perniagaan ini melainkan keupayaan kita menjana ikatan yang mantap di antara ahli keluarga.
Terlalu ramai yang dengki dan cemburu dengan keseronokan kita bersama MyJ. Terlalu ramai yang cuba menguji keutuhan ikatan persaudaraan kita di dalam perjuangan ini. Namun kita tetap bersama di sini menggerakkan perjuangan ini dengan azimat yang membara menggenggam kecemerlangan.

Dengan Semangat Sentiasa Hangat, kita teruskan kelangsungan ini agar impian kita untuk berjaya seperti ikrar kita sewaktu kita mula melangkah dulu akan dapat direalisasikan. MyJ Hebat! MyJ akan sentiasa di hati.


07 September 2010

ANTARA AIDIL FITRI & MyJ DI HATI

Buat semua pejuang MyJ seluruh Malaysia, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua, agar segala salah dan silap sepanjang kita bersama dapat dimaafkan. Buat pejuang-pejuang MyJ Sarawak, Tahniah kerana kita semua berjaya mentranformasikan diri kita sebagai pejuang yang sejati. Buat pengasas MyJ hebat bersama CDM Mentor yang dihormati, Dato' Hjh Suhaili Hj Yusop serta CDM Mentor Sazali, terima kasih atas segala bimbingan dan kata perangsang dan semangat yang diberi. Buat semua CDM MyJ seluruh Malaysia, Salam Aidil Fitri dan mari kita bersama meneruskan perjuangan ini bersama MyJ. Buat Leader K4 Sarawak, yang terdiri dari DDM Sharkawi serta DDM Khuzaimah, DDM Jalita serta DDM Iswandi, DDM Ustaz Azlan serta DDM Izzati, DDM Zamree serta DDM Ina; andalah pencetus kehebatan yang ada. Anda berjaya mempersiapkan diri untuk berdepan dengan gelombang cabaran yang mendatang dengan tenang dan matang. Anda semua terus nampak dan amat yakin bahawa MyJ adalah landasan kita untuk berjuang dan berjaya.

Alhamdulillah, kita masih berada dilandasan perjuangan ini. Masih banyak perkara dan masih jauh perjalanan perjuangan ini. Kitalah yang menentukan rentak perjalanan ini. Kitalah yang menggerakkan semangat perjuangan ini. Buat seluruh pejuang MyJ Sarawak, teruskan semangat keterujaan anda untuk berjaya. Tidak ada ruang kejayaan bagi orang yang hanya tahu mengeluh tanpa ada usaha yang bermakna. Maknakan perjuangan ini agar dapat direalisasikan di dalam kehidupan.
Buat semua pejuang MyJ Sarawak, anda hebat kerana semangat anda yang kuat. Nadi semangat inilah yang telah membawa kejayaan Islam dalam peperangan Badar! Semangat yang mantap ini akan menemukan anda pada satu ruang yang cukup bermakna nanti. Ayuh!! kita jadikan semangat kejayaan menempuh cabaran Ramadhan ini untuk meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Jalan kejayaan pasti ditemui dihujung perjalanan ini...

Salam Aidil Fitri kepada semua!! MyJ tetap di hati...
Dari:
CDM ABANG HASYIM

CDM HAFSAH

DAYANG HASMIERA AZREEN

DAYANG HASZIERA AMALIN

DAYANG HASFIERA ADLEEN

ABANG HAFZAN AFWAN

01 September 2010

CITA-CITA, PENGORBANAN & PERUBAHAN

Hidup kaya dan berjaya bukanlah suatu kebetulan. Kejayaan memerlukan proses. Kita tidak mungkin tiba-tiba berada dalam keadaan kaya dan berjaya seperti yang kita impikan. Dengan kata lain, kita perlu melakukan sesuatu untuk menggapai masa depan yang lebih baik, kerana masa depan adalah milik mereka yang mempersiapkan diri mereka dengan baik. Sayangnya, ramai orang yang inginkan kejayaan, namun tidak mahu menjalani proses yang ada. Kehidupan moden yang serba pantas kadang-kadang membuat kita lupa, segala sesuatu memerlukan proses. Tidak mungkin kita dapat menikmati buah yang lazat sehari selepas kita menanam bijinya. Bukankah kita mesti menyiram dan menjaganya dengan baik sehingga biji itu tumbuh menjadi pohon dan berbuah lebat?Kejayaan memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Pepatah ada mengatakan, tidak ada ekjayaan tanpa pengorbanan. Itu memang tepat! Pengorbanan itu mungkin dalam bentuk waktu, wang, tenaga, perasaan dan sebagainya. Orang-orang yang berjaya sentiasa mengisi waktu mereka dengan kegiatan yang semakin mendekatkan mereka kepada impian mereka. Pengorbanan lain, contohnya adalah tenaga. Ada orang yang menghabiskan tenaganya hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berguna, seperti mengeluh mengenang nasib diri tanpa ada usaha untuk bangkit berjaya. Orang-orang yang berjaya juga seringkali perlu berkorban dalam perasaan. Mereka perlu kuat, tabah dan tahan mental menghadapi cacian dan mpenghinaan, termasuk daripada orang-orang yang dekat dengan mereka. Kadang-kadang mungkin timbul rasa malu ketika bertemu dengan prospek-prospek berkualiti namun rasa malu itu tidak harus mengendurkan langkah mereka untuk terus berjuang.