29 October 2010

Mengimpikan Impian 1

Teguh pendirian dapat kita definisikan sebagai sikap istiqamah, keteguhan hati, tetap, tidak berubah-ubah dan konsisten dalam sesuatu tindakan. Sikap ini diperlukan dalam banyak hal, baik spiritual, profesional dan usaha. Istiqamah adalah sikap yang penting dimiliki oleh setiap manusia, sebagai modal melaksanakan misi sebagai khalifah di muka bumi. Tanpa sikap konsisten, sukar bagi kita mencapai apa yang kita impikan. Orang yang tekun bererti dia bersungguh-sungguh dan sesuapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat hasil.
Dalam kehidupan yang kita tempuh ini ada kalanya kita berasa bosan dan malas. Pada hal, semangat itu penting dan diperlukan dalam mengharungi setiap langkah kita menuju impian dan cita-cita. semangat adalah bahan bakar yang memajukan kita. Ironisnya, dalam usaha mencari rezeki, semangat dan istiqamah kita tiba-tiba mengecut dan hilang. Apabila ini terjadi, maka berat bagi kita mengerjakan apa yang diperlukan bagi mewujudkan impian kita kerana semangat menjadi malap dan kita menjadi malas dan akhirnya putus asa. Di sinilah, pentingnya bagi kita betulkan lagi niat kita. Semasa tidak ada manusia yang menghargai pekerjaan kita, yakinlah Allah melihatnya dan menghargainya.



23 October 2010

MyJ Traning & Consultant - Menjana Watak Cemerlang Pelajar SK Bako

Hebat!! Begitulah gambaran yang dapat dilihat sewaktu Program Memperkasa Watak Pelajar Cemerlang yang dilangsungkan pada 22 Oktober 2010 di SK Bako. Dengan kehadiran seramai 200 orang pelajar bersama ibu bapa dan guru, program ini bertujuan untuk mendekatkan Myj dengan masyarakat agar MyJ dilihat mampu membuka minda masyarakat sekeliling terhadap peri pentingnya perubahan dalam kehidupan.Pada hari tersebut, sambutan yang diterima terhadap program amat memberangsangkan. Motivasi telah disampaikan oleh CDM Abang Hasyim Abg Said bersama beberapa orang guru yang telah menyertai MyJ Project. Guru Besar SK Bako, En. Mazlan Anis turut menyarankan agar program sebegini dapat dikembangkan di kalangan ibu bapa dan guru. Beliau turut amat berbesar hati di atas program yang telah dijalankan oleh MyJ Traning & Consultant. Secara keseluruhannya, program ini mencapai matlamat perjuangan di dalam MyJ Project. Tahniah MyJ Sarawak!!! MyJ Hebat! MyJ Duniaku.... Semangat Sentiasa Hangat!




16 October 2010

HEBATNYA GEMPAQ RAYA MyJ SARAWAK

Bersempena dengan sambuan aidil Fitri, MyJ Sarawak telah mengadakan sambutan Gempaq Raya yang dilangsungkan secara besar-besaran bertempat di perkarangan tempat letak kereta MBC Kuching, Sarawak. Pada malam tersebut, hampir semua hardirin hadir dengan pakaian raya berwarna Orange Hitam. Kehadiran rakan pejuang MyJ bersama rakan konsi baru seramai lebih kurang 400 orang cukup membuktikan kehangatan dan kehebatan MyJ di Bumi Kenyalang khasnya, dan MyJ seluruh Malaysia amnya. Dalam pada itu, tetamu jemputan iaitu YB Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN N4 cukup teruja dan kagum dengan kemeriahan sambutan masyarakat terhadap perjuangan MyJ. Dalam ucapannya, YB Dr. Abdul Rahman menyeru kepada semua yang melibatkan diri dalam perniagaan ini agar sentiasa positif dan bersemangat agar tidak tewas dalam persaingan yang semakin rencam. Dalam pada itu, tegas beliau, golongan bumiputera tidak harus duduk selesa sambil mengunggu bantuan dari kerajaan tanpa ada usaha untuk membangunkan diri sendiri. Oleh itu, beliau amat yakin dengan sistem yang digerakkan oleh Pejuang Myj dapat menyuntik semangat kepada golongan bumiputera untuk maju ke hadapan. Beliau yang sentiasa memberi sokongan kepada MyJ amat bersetuju dengan CDM Abang Hasyim, bahawa untuk berjaya kita tidak perlu menoleh ke belakang dan sentiasa bersemangat dalam perjuangan sebelum menggenggam kejayaan.

29 September 2010

MyJ SARAWAK d'AIDIL FITRI

Sepanjang Syawal pada tahun ini, Pejuang-pejuang MyJ menyambut dengan rasa syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan dan ikatan ukhwah yang akrab dan padu. Sesungguhnya, tidak ada jalan lain untuk kita memperkasa diri dalam perniagaan ini melainkan keupayaan kita menjana ikatan yang mantap di antara ahli keluarga.
Terlalu ramai yang dengki dan cemburu dengan keseronokan kita bersama MyJ. Terlalu ramai yang cuba menguji keutuhan ikatan persaudaraan kita di dalam perjuangan ini. Namun kita tetap bersama di sini menggerakkan perjuangan ini dengan azimat yang membara menggenggam kecemerlangan.

Dengan Semangat Sentiasa Hangat, kita teruskan kelangsungan ini agar impian kita untuk berjaya seperti ikrar kita sewaktu kita mula melangkah dulu akan dapat direalisasikan. MyJ Hebat! MyJ akan sentiasa di hati.