07 September 2010

ANTARA AIDIL FITRI & MyJ DI HATI

Buat semua pejuang MyJ seluruh Malaysia, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam Aidil Fitri kepada semua, agar segala salah dan silap sepanjang kita bersama dapat dimaafkan. Buat pejuang-pejuang MyJ Sarawak, Tahniah kerana kita semua berjaya mentranformasikan diri kita sebagai pejuang yang sejati. Buat pengasas MyJ hebat bersama CDM Mentor yang dihormati, Dato' Hjh Suhaili Hj Yusop serta CDM Mentor Sazali, terima kasih atas segala bimbingan dan kata perangsang dan semangat yang diberi. Buat semua CDM MyJ seluruh Malaysia, Salam Aidil Fitri dan mari kita bersama meneruskan perjuangan ini bersama MyJ. Buat Leader K4 Sarawak, yang terdiri dari DDM Sharkawi serta DDM Khuzaimah, DDM Jalita serta DDM Iswandi, DDM Ustaz Azlan serta DDM Izzati, DDM Zamree serta DDM Ina; andalah pencetus kehebatan yang ada. Anda berjaya mempersiapkan diri untuk berdepan dengan gelombang cabaran yang mendatang dengan tenang dan matang. Anda semua terus nampak dan amat yakin bahawa MyJ adalah landasan kita untuk berjuang dan berjaya.

Alhamdulillah, kita masih berada dilandasan perjuangan ini. Masih banyak perkara dan masih jauh perjalanan perjuangan ini. Kitalah yang menentukan rentak perjalanan ini. Kitalah yang menggerakkan semangat perjuangan ini. Buat seluruh pejuang MyJ Sarawak, teruskan semangat keterujaan anda untuk berjaya. Tidak ada ruang kejayaan bagi orang yang hanya tahu mengeluh tanpa ada usaha yang bermakna. Maknakan perjuangan ini agar dapat direalisasikan di dalam kehidupan.
Buat semua pejuang MyJ Sarawak, anda hebat kerana semangat anda yang kuat. Nadi semangat inilah yang telah membawa kejayaan Islam dalam peperangan Badar! Semangat yang mantap ini akan menemukan anda pada satu ruang yang cukup bermakna nanti. Ayuh!! kita jadikan semangat kejayaan menempuh cabaran Ramadhan ini untuk meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Jalan kejayaan pasti ditemui dihujung perjalanan ini...

Salam Aidil Fitri kepada semua!! MyJ tetap di hati...
Dari:
CDM ABANG HASYIM

CDM HAFSAH

DAYANG HASMIERA AZREEN

DAYANG HASZIERA AMALIN

DAYANG HASFIERA ADLEEN

ABANG HAFZAN AFWAN

01 September 2010

CITA-CITA, PENGORBANAN & PERUBAHAN

Hidup kaya dan berjaya bukanlah suatu kebetulan. Kejayaan memerlukan proses. Kita tidak mungkin tiba-tiba berada dalam keadaan kaya dan berjaya seperti yang kita impikan. Dengan kata lain, kita perlu melakukan sesuatu untuk menggapai masa depan yang lebih baik, kerana masa depan adalah milik mereka yang mempersiapkan diri mereka dengan baik. Sayangnya, ramai orang yang inginkan kejayaan, namun tidak mahu menjalani proses yang ada. Kehidupan moden yang serba pantas kadang-kadang membuat kita lupa, segala sesuatu memerlukan proses. Tidak mungkin kita dapat menikmati buah yang lazat sehari selepas kita menanam bijinya. Bukankah kita mesti menyiram dan menjaganya dengan baik sehingga biji itu tumbuh menjadi pohon dan berbuah lebat?Kejayaan memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Pepatah ada mengatakan, tidak ada ekjayaan tanpa pengorbanan. Itu memang tepat! Pengorbanan itu mungkin dalam bentuk waktu, wang, tenaga, perasaan dan sebagainya. Orang-orang yang berjaya sentiasa mengisi waktu mereka dengan kegiatan yang semakin mendekatkan mereka kepada impian mereka. Pengorbanan lain, contohnya adalah tenaga. Ada orang yang menghabiskan tenaganya hanya dengan melakukan aktiviti yang tidak berguna, seperti mengeluh mengenang nasib diri tanpa ada usaha untuk bangkit berjaya. Orang-orang yang berjaya juga seringkali perlu berkorban dalam perasaan. Mereka perlu kuat, tabah dan tahan mental menghadapi cacian dan mpenghinaan, termasuk daripada orang-orang yang dekat dengan mereka. Kadang-kadang mungkin timbul rasa malu ketika bertemu dengan prospek-prospek berkualiti namun rasa malu itu tidak harus mengendurkan langkah mereka untuk terus berjuang.

29 August 2010

DISIPLIN: Modal Kejayaan (2)

Kita perlu menunjukkan potensi yang baik dalam hidup ini. Dengan potensi yang ada, seseorang mampu menjadikan dirinya berprestasi. Dengan keinginan yang kuat seseorang dapat mencapai kebahagiaan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Caranya adalah dengan mendisiplinkan diri, kerana disiplin adalah kunci kejayaan. Disiplin dapat membentuk imej positif kita sehingga orang lain dapat mempercayai kita dan dengan itu, mudah bagi kita bekerjasama dengan semua orang. Justeru, ilmu dapat berkembang dan kita dapat pula membantu orang lain mengembangkan potensinya.
Oleh sebab itu, kita perlu mengoptimumkan potensi diri dan meningkatkan disiplin. Kita mesti mempunyai niat yang kuat supaya terus belajar dan mengembangkan diri, membiasakan diri tidak bergantung pada orang lain dan selalu berusaha memperbaiki kesalahan-kesalahan kita. percayalah, kejayaan tidak dapat diraih tanpa disiplin. Jangan berlengah lagi. mulakan daripada bawah. Orang yang malas bekerja adalah orang yang rugi. Mereka ini bukan sahaja gagal tetapi juga menghancurkan kredibiliti mereka di mata masyarakat. Mereka ini tidak mungkin berjaya dalam hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Masih lagi contoh kemalasan lain yang menyusahkan kehidupan orang yang mengalaminya.


25 August 2010

DISIPLIN: Modal Kejayaan (1)

Disiplin adalah kunci pertama yang perlu dimiliki apabila seseorang ingin mempunyai karakter yang kuat. Sesiapa yang mahu berusaha perlu ada disiplin yang tinggi dalam segala aspek yang positif. Kita juga perlu berdisiplin dalam ibadat; waktu; disiplin dalam menjalankan peraturan dan tugas serta dalam perkara-perkara lain yang positif.

Sesiapa yang tidak mempunyai disiplin, pasti pekerjaan apa pun terutama sewaktu menjalankan gerakan Myj , tidak mungkin memperoleh hasil yang MAKSIMUM. Oleh itu, jangan sekali-kali tergoda dengan keinginan lain yang melalaikan, kesenangan yang cepat serta perkara yang mendadak yang tidak sesuai dengan apa yang dirancang. Jangan pula terlena oleh sifat malas dan lalai. Prinsip yang mesti dipegang adalah tiada kejayaan tanpa disiplin. Siapa lagi yang mampu memaksa diri ini untuk maju selain diri sendiri dan disiplin adalah salah satu modal untuk maju dan berjaya dengan cemerlang di dalam MyJ.
Salah satu bentuk disiplin adalah selalu mengamalkan etika bekerja yang baik dan menjalankannya sengan benar dan berterusan. Kita mesti mematuhi semua peraturan dan tatatertib sewaktu menjalankan gerakkerja MyJ. Perkara ini menunjukkan profesionalisme dan komitmen yang mendalam pada leader kita dan usaha yang kita jalankan.

22 August 2010

KONSEP PENGURUSAN HATI (BAH. 3)

Sikap yang kuat dan baik perlu bersatu. Ini dapat terjadi apabila dua sikap, iaitu sikap yang kuat dan baik bersatu. Contohnya, gabungan antara sikap tabah, tekun, rendah hati dan gigih. Begitu juga dengan prestasi gemilang yang bergabung dengan ikhlas. Dengan ini, barulah wujud individu yang tabah, berani, gigih, rajin, jujur, rendah hati, dapat dipercayai dan sebagainya.

Kita perlu memikirkan sikap manusia khususnya orang Muslim yang melakukan beberapa sikap yang tidak sesuai dengan karekter seorang Muslim. Contohnya masih terdapat mereka yang mempunyai akal budi yang rendah (nilai solidaritinya). Perkara ini disebabkan kita mempunyai jiwa yang miskin.

20 August 2010

KONSEP PENGURUSAN HATI (BAH. 2)



Manusia dapat mengubah dirinya menuju kebaikan apabila dia menghidupkan sifat baiknya dan mematikan sifat buruknya. Dengan itu, kita perlu mewujudkan persepsi diri yang lebih baik dan yakin kita dapat berjaya.

Kita perlu yakin Allah sentiasa menolong hambanya yang ikhlas bermunajat kepadanya. Persepsi seperti inilah yang dapat menghidupkan motivasi dan keinginan kita menjadi manusia berprestasi.

Sekali lagi, inti dalam persoalan sikap adalah hati nurani. Kita perlu menguruskan kalbu kerana pengurusan kalbu ini terbukti efektif. Ia dapat menyejukkan dan menenteramkan hati, ia juga menyihatkan dan membersihkan hati yang kotor dan berpenyakit, menerangi hati yang gelap dan membakar semangat serta memberi semangat kepada hati yang lemah dan lesu. Perubahan suasana kalbu ini dapat dilihat dengan berubahnya sikap seseorang daripada negatif menjadi positif.

18 August 2010

KONSEP PENGURUSAN HATI (BAH. 1)

Masalah sikap adalah masalah pokok yang menyebabkan golongan bumiputera banyak tertinggal dalam menjalankan kewajipannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Sikap yang lemah adalah seperti rendah diri, tidak yakin kepada diri sendiri, tidak berdikari dan malas menyebabkan potensi sebenar yang ada dalam diri kita tidak muncul dan tidak berkembang. Sedangkan potensi itulah yang dapat menguatkan generasi bumiputera. sementara itu, sikap buruk seperti sombong, tamak, dan menipu akan melemahkan kekuatan yang sedia ada. Dengan itu, kekuatan dan kebaikan tadi tidak membawa kesan dan manfaat yang besar bagi kepentingan dan kemajuan bangsa.Konsep GIGIH dan visi bagi meraih kekayaan sejati bermula dengan cara kita membentuk sikap yang betul, maka perlu terlebih dulu mengubah persepsi kita. Persepsi adalah pandangan kita pada potensi-potensi yang ada dalam diri kita. apabila kita sentiasa melihat diri kita sebagai orang yang gagal, maka sampai bila-bila pun kita gagal dan tidak mampu berjaya.
Dalam konsep pengurusan hati, perubahan persepsi perlu dimulakan dengan mengukur hati. Kita dapat mengubah persepsi kita dengan berkesan apabila kita menggunakan saranan hati. Hati yang menuju jalan kepada Allah menunjukkan manusia perlu pada asasnya mempunyai sifat yang baik.