Aktiviti diadakan di Pekan Simunjan dan di rumah ketua kampung dekat situ. Masih banyak perkara yang kita rancangkan bersama penduduk Simunjan untuk masa depan terutama program menjana belia bersama ADUN kawasan tersebut.
11 August 2010
SIMUNJAN: SATU LANGKAH PERMULAAN...
Aktiviti diadakan di Pekan Simunjan dan di rumah ketua kampung dekat situ. Masih banyak perkara yang kita rancangkan bersama penduduk Simunjan untuk masa depan terutama program menjana belia bersama ADUN kawasan tersebut.
RAMADHAN DAN PERJUANGAN
1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.
3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya:
Tafsirnya:
“Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
(Surah Al-Ma’idah: 42)
4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).
5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.
Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.
6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu
ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
(Surah Al-Baqarah: 183)
PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA
Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj(kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.
Mudah-mudahan kelebihan puasa sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Sumber : Mufti Brunei
07 August 2010
POKOK GERGASI DAN KUMBANG KAYU
2. Ia bermula tumbuh ketika Christopher Columbus mendarat di San Salvador
3. Ia sudah pun setengah umur ketika kaum Pilgrims atau penjajah British menduduki
Playmouth pada 1620
4. Sepanjang hayatnya, ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali
5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali.
Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. Bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya. Tahukah anda, apakah yang menyebabkan pokok itu tumbang?
Jawapannya, kerana ia diserang oleh sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu, tetapi disebabkan kumbang kayu, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur.

JADILAH SEPERTI PENDULANG EMAS
Dalam urusan harian, kita perlu bertindak seperti pendulang emas. ada perkara remeh yang kita tidak perlu layan iaitu pasir-pasir lumpur yang kita mesti singkirkan daripada dulang. ada juga perkara-perkara kecil yang kita ambil berat iaitu ketul-ketul kecil emas yang tenggelam di dasar. Dalam kerja seharian pun begitu juga. Ada perkara remeh yang kita TIDAK PERLU ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama ada juga perkara remeh yang mesti dikendalikan, jika tidak ia merosakkan keseluruhan hasil usaha kita selama ini.

Secara ringkasnya, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan beberapa perkara kecil yang boleh memusnahkan kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak perlu membazirkan masa kita mengendalikan perkara-perkara yang tidak penting.Bahkan ada perkara yang kita TIDAK PERLU AMBIL TAHU. Tumpukan kepada emas, dan abaikan lumpur-lumpur yang mengotorkan.
06 August 2010
'MEETING' : TUJUAN, HALUAN DAN HABUAN
Selesai melakukan kaedah ini, kita sepatutnya dapat membuat analisis yang baik berkaitan keperluan mengadakan perbincangan dan mesyuarat.
05 August 2010
AMALKAN 7 PETUA
2. Oleh sebab mereka sentiasa memandang dan memerhati anda, maka anda perlu menjadi contoh teladan, dan andalah yang menentukan standard dalam kumpulan anda.
3. Keyakinan wujud apabila rakan-rakan anda berasa selesa dan bangga berada dalam 'pasukan' anda. Pastikan setiap orang yang 'menyertai' anda bebas daripada masalah remeh di sekeliling mereka atau apa-apa yang boleh merosakkan.
5. Kawal perbincangan anda. Bercakap perkara positif sangat penting. Tetapi apabila anda sedang berbincang perkara negatif, pastikan anda membawa perbincangan kepada - 'apa tindakan yang boleh dilakukan.' Lihat daripada sudut yang positif. Ingat, tidak semua rakan saudara berasa yakin berkenaan masa depan mereka. Tidak semuanya seyakin kita.
7. Tentukan standard sikap ketika bekerja, dan pastikan ia tidak membenarkan perasaan mengalah muncul dalam hati mereka.
AMALKAN JIKA INGINKAN KEJAYAAN...
04 August 2010
IMAGINASI MENOLAK MISI MUSTAHIL



Napeleon ada berkata, "Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang dungu." Begitu juga dengan Samuel Johnson, "Sedikit benar yang mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan."William James, Profesor psikologi di University Havard pernah berkata, "Kepercayaan sentiada menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan kita. Tanpanya, kita tidak akan menghasilkan KEJAYAAN. Ini adalah prinsip asas."Seorang hakim mahkamah Agung amerika syarikat, hakim Cardozo dalam satu keputusan mahkamah pernah menyebut, "Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita."Manakala seorang pemikir Amerika, Henry Wardsworth Longfellow dengan panjang lebar pernah berkata, "Keazaman berdasarkan kepercayaan mendalam bahawa kita boleh berjayaq adalah elemen penting kejayaan. apabila mengetuk pintu cukup lama, pastinya kita akan mengejutkan seseorang." Oleh itu, ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh-sungguh dengan keyakinan yang mendalam, pasti kita akan berjaya 'menyedarkan' kejayaan yang sedang nyenyak tidur itu.


"Tidak ada mustahil sebelum mencuba." Ini adalah pepatah lama Eropah. Di kalangan masyarakat kita, ada pepatah "Belum cuba belum tahu". Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. dengan berpegang pada cogan kata ini, kita sentiasa berfikir berkenaan kejayaan, dan menolak kemustahilan. Lakukanlah tugas kita sekarang, dan berfikirlah seperti juara!03 August 2010
KUASA LIMA HURUF AJAIB
M.R. Kopmeyer dalam bukunya 'Bagaimana memenuhi keinginan saudara' memberikan satu 'perkataan ajaib' untuk berjaya dalam hidup, iaitu 'tanya'. Beliau berkata, kita dapat memperoleh apa sahaja yang diinginkan apabila pandai menggunakan lima huruf ajaib ini. KEBAHAGIAAN, CINTA, KEJAYAAN, KEMEWAHAN, PENGARUH, KUASA, POPULARITI, KEMASYURAN dan apa sahaja yang kita inginkan dalam dunia ini. Bertanyalah...



MALU BERTANYA SESAT JALANPepatah lama pun sudah menekankan aspek ini, tetapi kenapa kita masih malu-malu untuk bertanya? Hidup ini adalah suatu perjalanan, kita sentiasa berada dalam perjalanan selagi kita menyedut udara di atas muka bumi ini. Perjalanan hidup ini sungguh sukar dan berliku-liku, dan ada banyak jalan yang belum kita lalui. Jika kita tidak ingin sesat dan hendak sampai ke destinasi dengan cemerlang, jangan malu, tanya pada mereka yang tahu...


PESANAN DI DALAM QURAN
Sebenarnya kehebatan 'tanya' bukan lagi perkara baru. Quran sudah pun menyebut dengan jelas perintah tuhan yang bermaksud, "Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui." Sesetengah cerdik pandai Islam menghuraikan ayat ini adalah kata kunci kepada segala sumber ilmu dan pengetahuan yang ada di dunia ini. Dengan menghayati ayat ini, manusia tidak akan sesat, bahkan terus menuju kejayaan.




