07 August 2010

POKOK GERGASI DAN KUMBANG KAYU

Beberapa tahun yang lalu, para pengkaji tumbuhan menemui bangkai sebatang pohon besar di lereng Long's Peak, Colorado. selepas kajian di buat, fakta menunjukkan perkara-perkara berikut:

1. Pokok itu berusia lebih 400 tahun
2. Ia bermula tumbuh ketika Christopher Columbus mendarat di San Salvador
3. Ia sudah pun setengah umur ketika kaum Pilgrims atau penjajah British menduduki
Playmouth pada 1620
4. Sepanjang hayatnya, ia pernah disambar petir sebanyak 14 kali
5. Ia juga pernah diserang ribut beribu-ribu kali.

Namun, pokok gergasi itu tetap utuh dan kukuh. Bencana-bencana hebat itu tidak dapat mengalahkannya. Tahukah anda, apakah yang menyebabkan pokok itu tumbang?

Jawapannya, kerana ia diserang oleh sekumpulan kumbang kayu. Kumbang itu terlalu kecil apabila dibandingkan dengan pohon gergasi itu, tetapi disebabkan kumbang kayu, kekuatan yang hebat pun boleh jatuh tersungkur.
JADILAH SEPERTI PENDULANG EMAS



Dalam urusan harian, kita perlu bertindak seperti pendulang emas. ada perkara remeh yang kita tidak perlu layan iaitu pasir-pasir lumpur yang kita mesti singkirkan daripada dulang. ada juga perkara-perkara kecil yang kita ambil berat iaitu ketul-ketul kecil emas yang tenggelam di dasar. Dalam kerja seharian pun begitu juga. Ada perkara remeh yang kita TIDAK PERLU ambil tahu, tetapi dalam masa yang sama ada juga perkara remeh yang mesti dikendalikan, jika tidak ia merosakkan keseluruhan hasil usaha kita selama ini.

Secara ringkasnya, jangan terlalu leka dan sambil lewa dengan beberapa perkara kecil yang boleh memusnahkan kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga tidak perlu membazirkan masa kita mengendalikan perkara-perkara yang tidak penting.Bahkan ada perkara yang kita TIDAK PERLU AMBIL TAHU. Tumpukan kepada emas, dan abaikan lumpur-lumpur yang mengotorkan.

06 August 2010

'MEETING' : TUJUAN, HALUAN DAN HABUAN

Ada 3 perkara yang kita perlu pertimbangkan sebelum menghadiri perbincangan @ mesyuarat. Kita boleh bertanya, "Kenapa saya di sini?", "Apa yang boleh saya tawarkan", " Apakah perkara yang hendak diselesaikan?", "Apakah matlamat mesyuarat ini?".

Kemudian, kita perlu mengenal pasti bentuk haluan mesyuarat yang hendak dilalui. Apakah proses mesyuarat yang perlu dilakukan. Ini dinamakan haluan perbincangan. Kita bertanyakan soalan seperti, "Apakah yang perlu saya lakukan?", "apakah agenda yang perlu dibincangkan?", "Agenda mana yang mesti didahulukan", "Apakah pembentangan yang perlu?", Apa yang diharapkan daripada Leader saya?", "Berapa lama masa yang diperlukan?"
Selepas itu, kita mesti menganalisis apakah 'habuan' yang diperoleh oleh kita dan ahli mesyuarat lain selepas selesai perbincangan itu. Kita boleh bertanya, "Apakah faedah dan manfaat daripada mesyuarat ini?" ataupun "Bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada kita?".

Selesai melakukan kaedah ini, kita sepatutnya dapat membuat analisis yang baik berkaitan keperluan mengadakan perbincangan dan mesyuarat.

05 August 2010

AMALKAN 7 PETUA

1. Jika anda melihat rakan anda melakukan sesuatu yang betul, segera berikan pujian kepada mereka.
2. Oleh sebab mereka sentiasa memandang dan memerhati anda, maka anda perlu menjadi contoh teladan, dan andalah yang menentukan standard dalam kumpulan anda.
3. Keyakinan wujud apabila rakan-rakan anda berasa selesa dan bangga berada dalam 'pasukan' anda. Pastikan setiap orang yang 'menyertai' anda bebas daripada masalah remeh di sekeliling mereka atau apa-apa yang boleh merosakkan.

4. Mulakan setiap pagi dengan latihan fisiologi agar kita boleh berjuang dalam keadaan jantung yang sihat. Ini dapat meningkatkan rasa keyakinan diri.
5. Kawal perbincangan anda. Bercakap perkara positif sangat penting. Tetapi apabila anda sedang berbincang perkara negatif, pastikan anda membawa perbincangan kepada - 'apa tindakan yang boleh dilakukan.' Lihat daripada sudut yang positif. Ingat, tidak semua rakan saudara berasa yakin berkenaan masa depan mereka. Tidak semuanya seyakin kita.
6. Pecahkan tugasan kepada langkah-langkah yang mudah, jadi rakan-rakan anda dapat merasai ratusan kejayaan-kejayaan kecil. Kejayaan-kejayaan kecil ini kemudiannya membina kejayaan yang agung!
7. Tentukan standard sikap ketika bekerja, dan pastikan ia tidak membenarkan perasaan mengalah muncul dalam hati mereka.

AMALKAN JIKA INGINKAN KEJAYAAN...

04 August 2010

IMAGINASI MENOLAK MISI MUSTAHIL


Profesor G.L.S. Shakle adalah pakar ekonomi yang terkemuka, sehingga Peter Drukker menggelarkannya 'bintang baru' dalam dunia ekonomi di England. Dalam satu kertas kerjanya, Policy, Poetry, and Success, Profesor Shakle merumuskan imaginasi sama penting dengan sebab dan faktor dalam bidang perniagaan.Lebih mengejutkan, seorang saintis terkemuka yang mencipta nuklear, Albert Einstien juga memberikan pendapat yang sama. Beliau berkata, "Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan". Manakala seorang cendiakawan terkenal, Bernard Shaw pernah mengungkapkan satu kata-kata yang cukup menyentuh perasaan, "sesetengah orang melihat sesuatu yang wujud dan bertanya, 'Mengapakah?' Tapi saya membayang sesuatu yang tidak wujud dan bertanya, 'Mengapa tidak?' "
Napeleon ada berkata, "Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang dungu." Begitu juga dengan Samuel Johnson, "Sedikit benar yang mustahil kalau ada kerajinan dan kemampuan."William James, Profesor psikologi di University Havard pernah berkata, "Kepercayaan sentiada menghasilkan fakta yang sebenar. Dalam mana-mana projek, faktor yang penting adalah kepercayaan kita. Tanpanya, kita tidak akan menghasilkan KEJAYAAN. Ini adalah prinsip asas."
Seorang hakim mahkamah Agung amerika syarikat, hakim Cardozo dalam satu keputusan mahkamah pernah menyebut, "Kita akan menjadi seperti apa yang kita percaya pada diri kita."Manakala seorang pemikir Amerika, Henry Wardsworth Longfellow dengan panjang lebar pernah berkata, "Keazaman berdasarkan kepercayaan mendalam bahawa kita boleh berjayaq adalah elemen penting kejayaan. apabila mengetuk pintu cukup lama, pastinya kita akan mengejutkan seseorang." Oleh itu, ketuklah pintu kejayaan dengan bersungguh-sungguh dengan keyakinan yang mendalam, pasti kita akan berjaya 'menyedarkan' kejayaan yang sedang nyenyak tidur itu.
"Tidak ada mustahil sebelum menc
uba." Ini adalah pepatah lama Eropah. Di kalangan masyarakat kita, ada pepatah "Belum cuba belum tahu". Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. dengan berpegang pada cogan kata ini, kita sentiasa berfikir berkenaan kejayaan, dan menolak kemustahilan. Lakukanlah tugas kita sekarang, dan berfikirlah seperti juara!

03 August 2010

KUASA LIMA HURUF AJAIB

"Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui." Maksud Quran.

Christopher M Knight pernah memberikan beberapa tip pengurusan yang menarik. salah satu daripadanya adalah, jika kita ingin berjaya dalam sesebuah perniagaan, kemahiran bertanya soalan yang betul adalah lebih baik daripada tahu semua perkara.
M.R. Kopmeyer dalam bukunya 'Bagaimana memenuhi keinginan saudara' memberikan satu 'perkataan ajaib' untuk berjaya dalam hidup, iaitu 'tanya'. Beliau berkata, kita dapat memperoleh apa sahaja yang diinginkan apabila pandai menggunakan lima huruf ajaib ini. KEBAHAGIAAN, CINTA, KEJAYAAN, KEMEWAHAN, PENGARUH, KUASA, POPULARITI, KEMASYURAN dan apa sahaja yang kita inginkan dalam dunia ini. Bertanyalah...
MALU BERTANYA SESAT JALAN

Pepatah lama pun sudah menekankan aspek ini, tetapi kenapa kita masih malu-malu untuk bertanya? Hidup ini adalah suatu perjalanan, kita sentiasa berada dalam perjalanan selagi kita menyedut udara di atas muka bumi ini. Perjalanan hidup ini sungguh sukar dan berliku-liku, dan ada banyak jalan yang belum kita lalui. Jika kita tidak ingin sesat dan hendak sampai ke destinasi dengan cemerlang, jangan malu, tanya pada mereka yang tahu...

PESANAN DI DALAM QURAN
Sebenarnya kehebatan 'tanya' bukan lagi perkara baru. Quran sudah pun menyebut dengan jelas perintah tuhan yang bermaksud, "Dan tanyalah kamu kepada mereka yang pakar apabila kamu tidak mengetahui." Sesetengah cerdik pandai Islam menghuraikan ayat ini adalah kata kunci kepada segala sumber ilmu dan pengetahuan yang ada di dunia ini. Dengan menghayati ayat ini, manusia tidak akan sesat, bahkan terus menuju kejayaan.



02 August 2010

TAJAMKAN PEDANG, TUMPUKAN FOKUS PERNIAGAAN KITA

Seorang penulis hebat, Stephen Covey dalam bukunya 'Seven Habits of Successful people' menyebutkan tentang pentingkan seseorang itu menajamkan gergaji. Apakah maksudnya? Maksudnya, kita perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan setiap keupayaan diri kita berfungsi. Manusia adalah makhluk yang pelupa dan cepat lalai. Jika hari ini kita adalah seorang yang pandai berpidato, lima tahun lagi belum tentu kita memiliki kehebatan yang sama jika kita tidak mengasah 'pedang' saudara.Begitu juga dalam urusan harian kita. Kita perlu 'tajamkan pedang' kita. setiap kali bermesyuarat, asah kemahiran bermesyuarat yang sudah dimiliki. Setiap kali kita berurusan dengan orang lain, asah kemahiran interpersonal dan kemahiran berunding yang ada pada kita itu. Tetapkan tumpuan dan pastikan semuanya dibuat dengan teliti dan teratur.

01 August 2010

MAJLIS AMAL/ SUMBANGAN MyJ PROJEK KEPADA BADAN AMAL & PERTUBUHAN SEMPENA KONVENSYEN MyJ KE 3 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

MyJ Sarawak telah mengorak langkah dengan mengadakan satu Program Istimewa yang telah dihadiri oleh YB Datuk Amar Abang Hj Zohari, Menteri Perumahan & Pembangunan Bandar Sarawak bersama YB Dr. Abdul Rahman Junaidi. Kehadiran Presiden MyJ, Datuk Hajjah CDM Suhaili bersama rombongan dari Johor turut menambahkan kemeriahan majlis pada hari tersebut. Kehadiran lebih 400 peserta serta pejuang MyJ pada hari tersebut membuktikan bahawa MyJ begitu serius dalam menjana kecemerlangan usahawan bumiputera di Sarawak khasnya, serta seluruh Malaysia amnya.
Rata-rata penerima sumbangan pada hari tersebut merasa kagum dengan kesungguhan MyJ mengadakan Majlis tersebut. Apatah lagi, pada hari tersebut MyJ telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM56,430.00 kepada pertubuhan di sekitar Kuching.
Dalam ucapan aluan CDM Abang Hasyim Abg Said, beliau menegaskan bahawa kejayaan tidak akan dapat dikecapi andai kita tidak mempu untuk berdepan dengan cabaran perniagaan masa depan. Oleh itu, beliau menambah, MyJ telah berjaya menyingkap pemikiran golongan bumiputera agar berani merebut peluang untuk berjaya. Kehadiran Datuk Hajjah CDM Suhaili untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar menjadi pemangkin kejayaan kepada pejuang MyJ di Bumi Kenyalang.Dalam ucapan YB Datuk Amar Abang Zohari, beliau menegaskan bahawa orang kita boleh berjaya dalam bidang perniagaan setanding dengan bangsa lain asalkan kita fokus dalamv apa jua yang diusahakan kerana mereka yang sudah berjaya tidak kenal erti berputus asa.
Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu memberitahu, MyJ dilihat mampu membantu mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawan bergelar jutawan pada masa akan datang.