Setelah sekian lama kita berusaha berjuang di dalam MyJ, tiba masanya kami bersama untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan handai di satu tempat yang agak menarik.
31 July 2010
BRAINSTORMING & FAMILY DAY MyJ SARAWAK @ PANDAN BEACH MERIAH!
Setelah sekian lama kita berusaha berjuang di dalam MyJ, tiba masanya kami bersama untuk merehatkan minda bersama keluarga dan rakan handai di satu tempat yang agak menarik.
28 July 2010
MUS MyJ Sarawak : Bersama Menjana Usahawan Terbilang
"MyJ adalah jalan perniagaan yang memerlukan disiplin dan fokus," dengan semangat Dr. Shafiee Lugom, Penceramah Jemputan semasa menyampaikan ceramah ketika Moving Up Seminar (MUS) MyJ Sarawak di Pusat Pelancongan Sarawak dekat Kuching. "Secara peribadi, saya percaya bahawa keupayaan untuk fokus adalah ciri-ciri yang ada pada ramai orang yang berjaya." 


Dalam pada itu beliau turut mengatakan bahawa keupayaan untuk fokus adalah sesuatu yang boleh dikembangkan di dalam diri seseorang. Ia boleh diperoleh dengan mengamalkan proses pembelajaran yang berterusan. Kuncinya ialah memfokuskan minda sedar kita kepada perkara yang diingini, bukan kepada perkara yang kita takuti.



Dalam pada itu beliau turut mengatakan bahawa keupayaan untuk fokus adalah sesuatu yang boleh dikembangkan di dalam diri seseorang. Ia boleh diperoleh dengan mengamalkan proses pembelajaran yang berterusan. Kuncinya ialah memfokuskan minda sedar kita kepada perkara yang diingini, bukan kepada perkara yang kita takuti.
"Saya percaya perkara yang kita ingini ialah kejayaan dalam perniagaan kita. Kejayaan dalam mencapai sasaran masing-masing, kejayaan dalam memastikan rakan seperjuangan kita terus berjaya dan maju dalam mengharungi cabaran perniagaan yang mendatang. Bagi memastikan kejayaan di dalam perniagaan, jangan fokus kepada berita-berita yang tidak menyenangkan; yang mematahkan semangat; penolakan atau cabaran-cabaran yang sedia ada. Adalah lebih baik untuk fokus kepada prospek-prospek anda dan bagaimana anda boleh mengurus-kembangkan perniagaan dengan lebih baik daripada fokuskan perkara-perkara negatif."
"Seperti yang anda lihat, adalah tidak mustahil untuk mencapai apa-apa perkara sekiranya kita fokus dan dedikasi..." Tegas beliau sebelum beliau mengakhiri ucapan.Majlis yang dihadiri lebih 200 orang usahawan MyJ yang cemerlang, yang bertempat di Pusat Pelancongan Sarawak. Semoga perniagaan kita diteruskan dengan bara semangat yang sentiasa hangat. MyJ Hebat!! - CDM A. Hasyim
07 May 2010
MBC Baru
Kehebatan MyJ Project (Black Orange Strategy) di bumi Kenyalang terbukti kehebatannya dengan pelancaran MBC (MYJ Business Centre) yang baru.
06 October 2009
MyJ:PERJUANGAN & MPP
Allah ketemukan sahabat seperti Wewek dan isteri untuk meneruskan kelangsungan dalam perniagaan ini; kemudian Jalita hadir memberi ruang yang lebih luas untuk berjuang. Kehadiran Ustaz Azlan dan Isteri bersama insan yang tidak pernah patah semangat bernama Zamree, akhirnya menunjukkan rentak perjuangan MyJ di Sarawak sukar untuk dibendung lagi. Ustaz Azlan sendiri telah membuktikan, bahawa di mana sekali bumi yang dipijak (baik di Sarawak mahupun Semenanjung), rezeki tetap akan bersama hadir jika semangat juang di dalam diri sentiasa ada dan membara. Zamree sendiri sudah mula menawan beberapa kawasan di Utara Sarawak dan Sri Aman, Wewek di Zon tengah termasuk Mukah, Balingian dan Sibu,
Jalita di Saratok dan Sarikei, Ustaz Azlan di Samarahan dan kini pejuang-pejuang MyJ Sarawak sentiasa bertebaran mencari ruang dan peluang di serata tempat! Kehebatan Haris yang telah menawan beberapa kawasan terutama di Bau dan Serian telah menunjukkan bahawa di dalam perniagaan ini tidak kira anda pejuang baru atau lama, selagi mahu berusaha untuk mengubah kehidupan, Allah akan tunjukkan jalan rezeki yang maha hebat!
Buat rakan niaga di Sarawak khasnya, di seluruh Malaysia amnya, mari kita bersama dengan derap langkah yang padu dan sama agar MATLAMAT AWAL KITA BERNIAGA DULU DAPAT KITA NIKMATI AKHIRNYA...
SEMANGAT SENTIASA HANGAT
By: CDM ABANG HASYIM BIN ABANG SAID
03 October 2009
RUMAH TERBUKA MyJ SARAWAK MERIAH!
Semoga d'Aidil Fitri ini kita dapat mengeratkan silaturahim serta memantapkan lagi perjuangan kita bersama MyJ. Sesungguhnya tiada siapa dapat menyangkal bahawa dengan sifat Semangat, Seronok dan Sabar kita dapat mempertahankan diri kita dalam meneruskan kelangsungan perjuangan ini. Tiada siapa yang berjaya akan berhenti berjuang dan tiada siapa yang berhenti berjuang akan berjaya. Kitalah yang menentukan sejauh mana kejayaan yang kita mahu.
Alhamdulillah, masyarakat di Bumi
Kenyalang semakin memahami dan menerima MyJ sebagai satu wadah perjuangan yang bukan sahaja dapat mengubah material kehidupan namun turut berupaya mengubah pemikiran yang kita warisi dari nenek moyang kita yang sentiasa berfikiran kecil, jumud dan sentiasa mengeluh kalah kepada satu mentaliti BERJUANG UNTUK MENANG! Sikap diri yang TIDAK KALAH DENGAN CABARAN! Dan sentiasa BERUSAHA MEREBUT PELUANG! Di hati sentiasa BERSEMANGAT MENGUBAH KEHIDUPAN! Segalanya di tangan kita. Segalanya di hati kita. Dengan tangan dan hati itulah segalanya berupaya untuk kita genggam.
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita
dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang pasti datang. Kejayaan ini seharusnya kita teruskan dalam perjuangan kita yang masih belum selesai. Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kita dan memberi jalan kebenaran agar kita tidak tersasar hingga lupa tanggungjawab kita dalam mengurus kemenjadian modal insan. Lupa matlamat asal kita bahawa kehadiran kita adalah untuk mengubah kehidupan dalam ukhwah yang mantap dan ikatan kesatuan yang jitu. Dan Aidil Fitri ini, insyaallah akan merapatkan hati-hati kita dan melunturkan segala kesilapan perbuatan yang sesungguhnya tidak
akan terlepas dari setiap sudut kehidupan seorang manusia.
Alhamdulillah, masyarakat di Bumi
Aidil Fitri 2009 adalah manifestasi kejayaan kita
Subscribe to:
Posts (Atom)



















